Header image
 
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA  
line decor
   Kolej RISDA Melaka, Lot 2020, Ayer Pa'abas, 78000 Alor Gajah, Melaka. +Tel:06-5529227/06-5529642 +Fax:06-5529963

line decor
 
 
 
 
Latarbelakang
 

KOLEJ RISDA Sdn Bhd merupakan sebuah badan korporat di bawah Akta Syarikat 1965 yang beribu pejabat di KM 7, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Kampus induknya iaitu Kolej RISDA Melaka adalah kampus berdaftar sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996.



Kolej RISDA Melaka terletak di lokasi yang strategik di Ayer Pa'abas, cuma 45 minit perjalanan dari pusat Bandaraya Melaka. Ianya berdekatan dengan pekan Alor Gajah, A Farmosa Golf Resort Water World dan pantai perkelahan Tg. Bidara. Dikelilingi banjaran bukit-bukit hijau dan suasana keheningan perkampungan tradisional.

Keistimewaan Kolej RISDA Melaka selain daripada mutu pendidikan, ialah mempunyai asrama yang selesa dan dihiasi dengan seni taman yang indah sesuai dengan hasrat kami sebagai Kolej Yang Berkediaman dan Berlaman.

Pelbagai kemudahan boleh didapati di Kolej RISDA Melaka bagi kegunaan pelajar, diantaranya ialah:

Bilik Kuliah
Kolej RISDA Melaka menyediakan bilik kuliah yang dilengkapi dengan peralatan kursus dan berhawa dingin.

Pembiayaan
Pinjaman mudah akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan. Pinjaman bagi pelajar yang layak akan diuruskan oleh pihak kolej

Makmal Komputer
Mempunyai kelengkapan perkakasan dan perisian yang berkaitan dan terkini serta sistem rangkaian dan multimedia untuk kegunaan pelajar membuat latihan dan projek amali

Perpustakaan
Menyediakan pelbagai bahan rujukan yang mutakhir bagi keselesaan pelajar membuat kajian, tugasan dan penyelidikan.

Penginapan
Kolej RISDA menyediakan asrama yang selesa dan diserikan dengan seni taman yang menarik.

Persekitaran Kampus
Suasana persekitaran yang nyaman dikelilingi kehijauan semulajadi menghasilkan situasi yang kondusif bagi menjana kecemerlangan pembelajaran.

Rekreasi / riadah
Kemudahan rekreasi/riadah turut disediakan. Pelajar berpeluang melibatkan diri dalam persatuan yang didaftarkan. Perkhidmatan rundingcara boleh diperolehi bagi mengatasi masalah yang dihadapi pelajar.

Perkhidmatan Pengangkutan
Pengangkutan pergi dan balik ke pekan yang berhampiran dan destinasi yang menarik. Perkhidmatan bas/van berhawa dingin turut disediakan. Kadar sewaan mengikut jarak perjalanan.

Konvokesyen
Istiadat konvokesyen akan diadakan kepada semua graduan setelah tamat mengikuti kursus

      
 
 

© 2008 | Kolej RISDA All Rights Reserved.

  Designed & maintained by faridah_kamis@yahoo.com La