line decor
line decor
           
 
 
EMEL KAKITANGAN
 


         

INFO KOLEJ


    

KOLEJ RISDA LANCAR PROGRAM BARU

Sempena Hari Terbuka Kolej RISDA pada 18 April 2009  yang lalu, pihak kolej telah melancarkan satu program baru iaitu Diploma Pengurusan Landskap. Y. Bhg. Tan Sri Rahim Bin Tamby Chik selaku Pengerusi RISDA telah sudi menyempurnakan majlis pelancaran tersebut. Turut hadir ke majlis ini ialah isteri Tan Sri iaitu Puan Sri Zabedah binti Abdullah, Datin Dr. Faridah Hanam Binti Mohd Rashid selaku Pengurus Besar Kolej RISDA, Pengarah RISDA Negeri Melaka iaitu En. Mohd Tahir Bin Othman dan Prof Madya Dr. Nordin Abd Rahman selaku Timbalan Pengarah Unit Pengembangan Keusahawanan & Jalinan Industri (APEC).

Selaku Pengerusi RISDA, Tan Sri telah memberi perhatian kepada pembangunan kolej ini dan beliau mengumumkan pihak RISDA telah memperuntukan sebanyak RM200 juta untuk keseluruhan pembangunan kolej ke arah menjadi kolej universiti. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak kolej kerana telah berjaya memperkenalkan program baru ini. Diploma Pengurusan Landskap ini bakal melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran pengurusan landskap hortikultur dan melatih bakal usahawan baru untuk menceburi pelbagai bidang pengurusan landskap yang luas skopnya. Sejurus majlis pelancaran, Tan Sri Rahim Bin Tamby Chick dan isteri dengan diiringi Datin Dr. Faridah Hanam, En. Mohd Hidzir Bin Md Tap selaku Pengurus Kolej dan ketua-ketua jabatan telah melawat ke tapak gerai pameran dan jualan.

 

_________________________________________________________________________________________________

 
LAWATAN AKADEMIK JABATAN SAINS KOMPUTER.

Aktiviti seperti lawatan mampu memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aplikasi sebenar pembelajaran teori di dalam kelas. Keseimbangan pembelajaran di dalam dan di luar kelas seperti ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar untuk menguasai ilmu secara lebih berkesan. Sehubungan itu, baru-baru ini Jabatan Sains Komputer Kolej RISDA telah menganjurkan satu lawatan akademik ke Inovation Center, Cyberjaya dan Bahagian Penerbitan TV3. Pelajar-pelajar telah diberi pendedahan mengenai Teknologi Virtual Realiti iaitu satu aplikasi IT yang bersifat interaktif dan 3D yang banyak diaplikasikan dalam teknologi video dan animasi. Melihat kepada manfaatnya kepada para pelajar, lawatan akademik yang telah diadakan pada 16 April 2009 yang lalu akan diteruskan lagi pada semester-semester akan datang.

 

________________________________________________________________________________________________

                                                   
PROGRAM SMART STUDY & SKOR ‘A’ 2009

Jabatan Pengajian Umum (JPU) telah menganjurkan program Smart Study & Skor ‘A’ 2009 pada 17 dan 18 Mac 2009 di Kolej RISDA Melaka. Peserta program seramai 70 orang terdiri daripada pelajar-pelajar institut pengajian tinggi serta pelajar-pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Bagi menjayakan program ini, JPU telah mengundang 'Professional Trainer'  iaitu  En. Osman Affan bagi slot Smart Study. Manakala bagi slot Skor ‘A’ 2009,guru-guru pakar dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi peperiksaan PMR dan SPM telah diundang. Program ini telah mendapat kerjasama daripada beberapa pihak yang sudi memberi sumbangan iaitu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang telah menaja 21 orang palajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM serta sumbangan kewangan daripada PEMADAM Negeri Melaka, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Melaka (AADK) dan Bahagian Sahabat Belia Melaka.  Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Pengurus Kolej, En. Mohd Hidzir Bin Md Tap.

 

________________________________________________________________________________________________

 
SIRKIT MENDAKI GUNUNG DATUK

Pada 4 April 2009 satu Sirkit Cabaran Mendaki Gunung telah diadakan. Program ini anjuran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan kerjasama Pejabat Daerah Rembau, Tampin dan Persatuan Mendaki Dan Kegiatan Luar Negeri Sembilan Darul Khusus melalui Unit Penggalakan Pelancongan negeri Sembilan (UPENS). Kolej RISDA telah menghantar 6 orang wakil untuk menyertainya dan Rosiah Binti Rasidi merupakan pelajar Sijil Pengurusan Perniagaan semester 3 telah mendapat tempat keenam dan telah berjaya membawa pulang hadiah beserta sijil penyertaan bagi kategori Remaja wanita. Sirkit cabaran seterusnya ialah mendaki Gunung Tampin pada 16 Mei 2009 manakala mendaki Gunung Angsi pada 27 Jun 2009. Pihak kolej merakamkan setinggi penghargaan kepada pelajar yang telah mendapat tempat dalam sirkit cabaran ini.


________________________________________________________________________________________________

 

  

HARI TERBUKA KOLEJ RISDA MELAKA

“Pemantapan Usahawan Tani” menjadi tema Hari Terbuka Kolej RISDA Melaka pada tahun ini yang telah diadakan pada 18 April 2009. Pelbagai aktiviti telah dilangsungkan sempena hari terbuka ini, iaitu Majlis Pelancaran Program Diploma Pengurusan Landskap oleh  Y. Bhg. Tan Sri Rahim Bin Tamby Chick, seminar untuk usahawan tani dan pelajar-pelajar sekolah, pendaftaran terbuka, pertandingan sukan tradisional, persembahan tarian tradisional, pertandingan karaoke serta pameran dan jualan yang disertai oleh badan kerajaan, agensi swasta, kelab dan persatuan pelajar kolej ini. Antara badan kerajaan dan agensi swasta yang menyertai pameran ini ialah RISDA Melaka dan Negeri Sembilan, Jabatan Belia Dan Sukan Melaka, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Alor Gajah, Pejabat Kesihatan Alor Gajah, Daya Media Resources dan A.S.A. FERTILIZER (M) SDN. BHD. Program seumpama ini telah memberi informasi terkini kepada masyarakat umum mengenai Kolej RISDA, memberi pendedahan kepada warga kolej dan masyarakat luar mengenai agensi-agensi yang memberi perkhidmatan sosial kepada masyarakat serta memberi peluang kepada lepasan sekolah yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej RISDA bagi kemasukan Sesi Julai 2009 untuk berdaftar di kaunter pendaftaran terbuka pada hari tersebut.

 


 

       

 


 

 
INFO SEMASA

Kolej RISDA ...Menjana Kecemerlangan Tanpa batasan

 Selamat hari Deepavali kepada semua warga Kolej RISDA yang beragama HINDU

 

 

 
PAUTAN
RISDA RISDA
UPM Universiti Putra Malaysia (UPM)
UiTM UiTM
UiTM PTPTN
CUACA
SOLAT

 
 

 

 
Kolej RISDA (Ibu Pejabat), Suite 12B, Tingkat 12 Plaza Ampang City Km 7 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.+Tel:03-42572677 +fax:03-42534831   
Kolej RISDA (Kampus Melaka), Lot 2020, Ayer Pa'abas, 78000 Alor Gajah, Melaka. +Tel:06-5529227/06-5529642 +Fax:06-5529963 +Emel :krism@kolejrisda.edu.my
 

© 2008 | Kolej RISDA All Rights Reserved.

  Designed & maintained by faridah_kamis@yahoo.com