|
|
 |
INFO KOLEJ |
PENDAFTARAN PELAJAR BARU SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
Pendaftaran pelajar baru bagi program SKM telah dijalankan pada 1 Jun 2009 dengan jumlah pelajar seramai 112 orang pelajar iaitu 85 orang pelajar telah mendaftar program Train & Place di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk Tahap I dan Tahap II manakala 27 prang pelajar lagi mendaftar di bawah Pogram Latihan Kemahiran dan Kerjaya di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). |
| _________________________________________________________________________________________________ |

KURSUS PENGURUSAN DAN PENULISAN JURNAL ILMIAH
Kursus yang dianjurkan oleh KL BookHouse Publishing dan Kolej RISDA Melaka ini bertujuan membimbing para pensyarah dalam pengurusan, proses, teknik pengurusan dan penerbitan jurnal secara sistematik selain bertujuan meningkatkan profesionalisme para pensyarah.
Melalui kursus ini diharapkan para pensyarah mampu melahirkan jurnal yang baru dan berkualiti untuk sumber rujukan. Dua orang penceramah didatangkan khas ialah Dr Shamsul Anuar Mokhtar selaku Timbalan Malaysian Institute of Information Technology dan Eksekutif Editor bagi Jurnal penyelidikan Universiti Kuala Lumpur dan En Roosfa Bin Hashim yang nerupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.
_________________________________________________________________________________________________
|

|

|

HARI KAKITANGAN KOLEJ RISDA 2009
Kelab Kakitangan Kolej RISDA telah menganjurkan Hari Kakitangan Kolej 2009 pada 29 Mei 2009 yang lalu. Beberapa aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut dengan dimulakan senamrobik, explorace, sukaneka dan majlis kemuncaknya ialah majlis makan malam yang diadakan di Hotel Holiday Inn Melaka.
Seterusnya>> |

|
|
|
|
|
|
| |
| |
|
|
Kolej RISDA (Ibu Pejabat), Suite 12B, Tingkat 12 Plaza Ampang City Km 7 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.+Tel:03-42572677 +fax:03-42534831
Kolej RISDA (Kampus Melaka), Lot 2020, Ayer Pa'abas, 78000 Alor Gajah, Melaka. +Tel:06-5529227/06-5529642 +Fax:06-5529963 +Emel :krism@kolejrisda.edu.my |
|