line decor
line decor
           
 
WAKTU
 
EMEL KAKITANGAN
 
TAWARAN BIASISWA


         

INFO KOLEJ


Kolej RISDA tingkatkan kualiti pensyarah

Pensyarah-pensyarah Kolej RISDA mendapat suntikan baru dalam kaedah pengajaran melalui kursus yang bertajuk Delivering The Enlightening Learning Experience (DULUXE) yang telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Tropical Fruit Farm, Sungai Udang Melaka pada 16-17 Disember 2008.
Pelaksanan kursus ini membuktikan bahawa Kolej RISDA sentiasa komited untuk meningkatkan tahap pengajaran di kalangan para penyarah supaya mereka mampu untuk membentuk serta menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti selaras dengan misi dan visi Kolej.

_________________________________________________________________________________________________

 
Kolej RISDA bekerjasama dengan IPB, Indonesia.

Kolej RISDA bakal menjalinkan kerjasama pendidikan dengan Institut Pertanian Bogor, Indonesia sebagai salah satu usaha untuk membangun dan meningkatkan kualiti program pertanian yang dijalankan di sini.
Seperti yang diketahui umum, Institut Pertanian Bogor adalah antara institusi pertanian yang telah lama bertapak di Indonesia dan menawarkan pelbagai program pertanian di peringkat Diploma sehinggalah kepada Pasca sarjana.
Semoga dengan kerjasama yang bakal dijalankan, kedua buah kolej ini dapat berkongsi segala kepakaran, kemahiran dan teknologi sehingga mampu melahirkan graduan yang dapat memberi sumbangan dalam memantapkan lagi sektor pertanian ke arah kemajuan ekonomi Negara.

________________________________________________________________________________________________

                                                   

Bangunan perpustakaan baru Kolej RISDA

Bagi menjamin pembelajaran yang lebih kondusif, Kolej RISDA telah mengambil inisiatif membina bangunan perpustakaan baru yang boleh memuatkan lebih ramai pelajar di samping dapat menampung kuantiti bahan-bahan rujukan yang semakin bertambah dari masa ke semasa.

________________________________________________________________________________________________


 


Kolej RISDA prihatin pencapaian pelajar

Pelaksanaan program-program motivasi ke arah kecemerlangan akademik yang dijalankan pada setiap semester adalah bukti keprihatinan kolej dalam memastikan pelajar-pelajarnya yang lemah sentiasa mendapat bantuan dan bimbingan secukupnya untuk menghadapi peperiksaan.

________________________________________________________________________________________________

 



Kolej RISDA mementingkan keseimbangan

Aktiviti seperti lawatan dan seumpamanya mampu memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aplikasi sebenar pembelajaran teori di dalam kelas dan keseimbangan pembelajaran di dalam dan di luar kelas seperti ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar untuk menguasai ilmu secara lebih berkesan.

_________________________________________

AKTIVITI PELAJAR

Bola Sepak
Aktiviti kerohanian
Askar Wataniah
Aktiviti luar kampus

Perlawanan persahabatan dengan badan-badan kerajaan dan lain-lain institusi pengajian giat dijalankan sebagai usaha untuk memajukan sukan bola sepak Kolej RISDA

Program-program kerohanian sebagai pengisian untuk membentuk sahsiah mulia di kalangan para pelajar.

Penglibatan dalam pasukan askar wataniah membantu dalam membentuk displin yang tinggi di kalangan para pelajar Kolej RISDA. .

Kolej RISDA juga memberi galakan kepada para pelajarnya untuk menyertai aktiviti-aktiviti di luar kampus seperti larian amal dan berbasikal sempena kemerdekaan.

 


 

 
INFO SEMASA

Kolej RISDA ...Menjana Kecemerlangan Tanpa batasan


Selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar Kolej RISDA. Pendaftaran untuk semester kedua 2008/2009 adalah pada 5 Januari 2009.


 Majlis Penutupan Minggu Silaturrahim Pelajar baru : 5 Januari 2009



 
PENGUMUMAN


Pendaftaran Semester Kedua 2008/2009 :
05 Januari 2009.

IKLAN

Kepada yang berminat untuk mendapatkan anak benih pokok misai kucing, hempedu bumi dan buah markisa, boleh menghubungi Jabatan Agrosains, Kolej RISDA Melaka melalui Mr Ee Beng Heng di talian 06-5529227 / 5529642.

KAMPUS

Kolej RISDA Melaka

 

PAUTAN
RISDA RISDA
UPM Universiti Putra Malaysia (UPM)
UiTM UiTM
UiTM PTPTN
CUACA
SOLAT

 
 

 

 
Kolej RISDA (Ibu Pejabat), Suite 12B, Tingkat 12 Plaza Ampang City Km 7 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.+Tel:03-42572677 +fax:03-42534831   
Kolej RISDA (Kampus Melaka), Lot 2020, Ayer Pa'abas, 78000 Alor Gajah, Melaka. +Tel:06-5529227/06-5529642 +Fax:06-5529963 +Emel :krism@kolejrisda.edu.my
 

© 2008 | Kolej RISDA All Rights Reserved.

  Designed & maintained by faridah_kamis@yahoo.com Last updated: 30th December 2008