Diploma Pengurusan Perniagaan (Program Kerjasama UPM)
![]() |
|
Diploma Pengurusan Perniagaan
KPT/JPS(R1340/4/0216)09/17, MQA A8273Syarat Kemasukan: |
Program ini merupakan program kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia. Program ini ditawarkan untuk melahirkan graduan separa profesional dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi yang berasaskan perniagaan. Kurikulum program ini meliputi aspek berkaitan pengurusan, pemasaran, kemahiran komunikasi, perundangan dan bidang lain yang berkaitan yang dirangka untuk membantu pelajar untuk membuat keputusan yang bijak dan tepat dalam memacu hala tuju sesebuah perniagaan. Pelajar berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang yang berkaitan terutamanya pengurusan perniagaan.


Prospek Kerjaya:
Graduan Diploma Pengurusan Perniagaan (UPM) berkelayakan untuk bekerja di bidang separa profesional di peringkat penolong pegawai dan pengurus, penolong pentadbir dan kerjaya yang berkaitan.






