Diploma Perakaunan
|
DIPLOMA PERAKAUNAN
KPT/JPS(KR10882)01/15, MQA A5690Syarat Kemasukan: |
Program ini bertujuan memberi pemahaman berkaitan dengan konsep perakaunan dan kebolehan pelajar untuk mengaplikasikannya di dalam kehidupan harian dan dalam situasi pekerjaan sebenar. Graduan bukan sahaja dilatih dalam kemahiran perakaunan tetapi ia juga menerapkan pembelajaran sepanjang hayat seperti komunikasi secara efektif, berkemampuan mengadaptasi perubahan situasi dan boleh bekerja secara kumpulan. Di samping itu ia juga memberi pengetahuan bagaimana pengurusan, pemegang saham dan masyarakat secara umumnya memahami organisasi secara keseluruhan supaya ia dapat membantu organisasi menghadapi perubahan dan mengawal organisasi. Program ini juga menawarkan kursus-kursus lain yang berkaitan seperti pengurusan kewangan, pengurusan, matematik perniagaan, statistik, percukaian, pengauditan dan e dagang. Ia memberikan pelajar pelbagai ilmu yang berkaitan bukan sahaja ilmu tentang perakaunan. Pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran di dalam bidang perkaunan serta memiliki kelayakan profesional dalam bidang perakaunan.


Prospek Kerjaya:
Graduan Diploma Perakaunan memiliki pengetahuan yang spesifik di dalam bidang perakaunan dan yang berkaitan yang melayakkan mereka bekerja di dalam bidang ini. Graduan berpeluang untuk bekerja sebagai penolong akauntan, penasihat kewangan, pegawai pinjaman di bank, pegawai kewangan di sektor perkilangan, firma perakaunan dan audit .





