Cpanel 111

Change Font Size

Accessbility

  • accessbility
  •  

Diploma Keusahawanan

E-mail Print PDF
DIPLOMA KEUSAHAWANAN
KPT/JPS(KR10883)01/15, MQA A5691

Syarat Kemasukan:
Lulus SPM/SPVM dengan memperolehi sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan 1 mata pelajaran lain dan lulus bahasa Inggeris atau sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf.

Perkembangan di dalam dunia perniagaan dan peluang untuk menjana pendapatan tinggi melalui perniagaan memerlukan individu yang terlibat bersedia dengan pengetahuan-pengetahuan di dalam bidang keusahawanan. Program ini dibentuk dengan matlamat supaya graduan bersedia untuk mencabar diri menjalankan perniagaan sendiri serta berhadapan dengan peluang dan ancaman di dalam menjalankan perniagaan secara bijak. Kurikulum program ini dirangka supaya mereka dibekalkan dengan ilmu-ilmu keusahawanan dan pengurusan yang membolehkan mereka berkemampuan untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri. Bidang pengajian program ini adalah menyeluruh dan meliputi aspek yang penting di dalam perniagaan seperti  pengurusan, operasi, perundangan, pengurusan sumber manusia dan pembuatan keputusan. Graduan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan atau yang berkaitan.

 

 

Prospek Kerjaya:

Graduan program Diploma Keusahawanan ini dilengkapkan dengan pengetahuan yang membolehkan mereka bekerja secara “independent” dan berkemampuan menilai dan mencari peluang untuk menjadi usahawan yang berjaya. Sasaran kerjaya utama graduan program ini adalah sebagai usahawan. Namun begitu mereka juga layak bekerja di peringkat penolong pengurus / pegawai di dalam organisasi pekerjaan.

You are here Akademik Program Diploma Diploma Keusahawanan