Perutusan CEO
Selamat datang ke Kolej RISDA…
Kolej RISDA telah melalui perkembangan yang pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi di Negara kita. Mengorak langkah sebagai institusi pengajian swasta yang berasaskan pertanian kini Kolej RISDA telah mampu meneroka bidang tersebut dengan lebih jauh lagi dengan meningkatkan nilai tambah kepada usahawan pertanian dan perladangan. Ini selari dengan konsep pertanian sebagai perniagaan yang ditekankan oleh kerajaan dengan mengambil kira program sokongan termasuk pengurusan perniagaan, teknologi maklumat, perakaunan sejajar dengan kehendak pasaran. Bermula sebagai sebuah pusat ilmu yang menawarkan kemahiran melatih pekebun-pekebun kecil pada tahun 60an kemudian ditransformasi kepada institut pendidikan tinggi sebagai mengalas cabaran memacu peranan yang lebih besar dalam pendidikan kebangsaan.
Kolej RISDA sangat komited dalam membantu anak-anak luar bandar mendapatkan pendidikan sehingga ke peringkat akademik yang tinggi, juga dalam persiapan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Walaupun masih muda berbanding Institusi Pengajian Tinggi Swasta lain, Kolej RISDA memiliki reputasi sebagai salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang inovatif di samping kredebilitinya dalam bidang pendidikan.
Saya berasa terharu dan gembira dipilih untuk menerajui Kolej RISDA. Saya menghargai peluang keemasan ini untuk terus menabur bakti dengan sepenuh keringat saya membangunkan Kolej RISDA kearah sebuah pusat ilmu yang terkemuka di Malaysia dan seterusnya di peringkat global.
Sekalung penghargaan kepada warga kerja Kolej RISDA yang telah sama-sama mengembling tenaga memajukan Kolej RISDA ke tahap ini. InsyaAllah, Kolej ini akan terus berkembang maju dan kita mampu menjadikan ia sebagai pusat pendidikan yang berniali tinggi, berwadahkan ilmu untuk keperluan demi kebaikan bersama.
Kampus Kolej RISDA mempunyai pelbagai kemudahan pembelajaran, perkhidmatan dan dasar-dasar yang menjana persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran dan perkembangan dan kesemuanya ini perlu digilap agar lebih mantap. Dengan berpandukan kecemerlangan masa lampau, selain menerokai pemahaman baru dalam bidang-bidang pengajian, kita juga dapat menambah pengetahuan, seterusnya memperoleh sokongan daripada pelbagai bidang di luar lingkungan Kolej.
Saya menyeru agar semua warga Kolej RISDA terus berganding bahu mempelopori kecemerlangan berterusan dan menanam cita-cita unggul membina landasan untuk anak-anak luar bandar kita mengapai impian mereka. Semoga Kolej RISDA akan menjadi legasi dan terus dikenang serta terukir namanya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang gemilang di mata dunia.

Datuk Dr. Faridah Hanam Bt Mohd Rashid
Ketua Pegawai Eksekutif- CEO Kolej RISDA Sdn. Bhd





