Sijil Pengurusan Perniagaan
|
SIJIL PENGURUSAN PERNIAGAAN
KPT/JPS(R/340/3/0216)02/18, MQA A8956Syarat Kemasukan: |
Program ini dibentuk bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM yang gagal mendapat keputusan yang melayakkan mereka belajar di peringkat diploma dan Ijazah. Kurikulum program ini dibentuk untuk memberi pengetahuan asas ilmu pengurusan perniagaaan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma antaranya di bidang pengurusan, perakaunan, pemasaran dan pembuatan keputusan di mana graduan kelak sekurang-kurangnya diharap berkemampuan mengaplikasikan ilmu tersebut untuk membantu membuat keputusan yang tepat kepada majikan. Graduan peringkat sijil ini juga layak untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di mana-mana IPTA dan IPTS.

Prospek Kerjaya:
Graduan Sijil Pengurusan Perniagaan dibekalkan dengan pengetahuan asas ilmu-ilmu pengurusan perniagaan dan “soft skill” yang membantu mereka membuat keputusan yang bijak di dalam perniagaan. Graduan diyakini mampu bekerja sebagai pembantu kerja-kerja pengurusan dan pengkeranian dalam sesebuah organisasi atau menjadi seorang usahawan.





