Diploma Perniagaantani
|
DIPLOMA AGRIBISNES
Syarat Kemasukan: |
Program ini bertujuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan industri perniagaantani yang memerlukan kemahiran pengurusan selari dengan kemahiran teknikal mengenai pengeluaran, pemprosesan, pengoperasian dan pengedaran produk berasaskan pertanian. Kurikulumnya menggabungkan aspek-aspek teknikal sains pertanian dengan perniagaan dan pengurusan supaya graduan berkeupayaan memahami dan mengaplikasi ilmu di bidang pertanian kepada peluang dalam penjanaan pendapatan secara komersial iaitu di bidang perniagaan. Graduan berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang yang berkaitan terutamanya pengurusan perniagaantani.


Prospek Kerjaya:
Graduan program Diploma Perniagaantani mempunyai kelebihan kerana kurikulum yang dibentuk menjadikan mereka berkemahiran di dalam sektor pertanian dan pengurusan perniagaan. Mereka seterusnya berkemampuan mengadaptasikan pengetahuan tersebut untuk merebut peluang perniagaan di dalam sektor agro pertanian. Graduan berkemampuan membina kerjaya sebagai usahawan tani, bekerja sebagai penolong pengurus / pegawai di dalam sektor pertanian, dan bidang-bidang yang berkaitan.





