Sijil Sains Komputer
|
SIJIL SAINS KOMPUTER
KPT/JPS(KR9702)03/14, MQA A9702Syarat Kemasukan: |

Program tiga (3) semester ini direkabentuk bagi melahirkan graduan peringkat Sijil yang separa mahir dalam bidang komputer dan teknologi maklumat. Kurikulum program ini merangkumi pengenalan teknologi maklumat, pengaturcaraan C++ dan Java, multimedia dan grafik, pangkalan data, subjek usahawan dan perniagaan elektronik. Selain itu, pelajar akan didedahkan dengan asas penyelenggaraan komputer dan rangkaian dalam struktur pengajian. Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Sains Komputer (UPM) atau mana-mana program Diploma yang ditawarkan.
PROSPEK KERJAYA
Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam industri computer seperti Pembantu Makmal Komputer, Juruteknik Komputer/Rangkaian dan pembantu pentadbir pangkalan data/webmaster.





