PERTANDINGAN KLIP VIDEO
LAGU “PUNCAK GEMILANG” 2008
ANJURAN BERSAMA
JABATAN SAINS KOMPUTER
DAN
KELAB SAINS KOMPUTER
Objektif pertandingan :
Untuk mengasah bakat para pelajar dalam bidang multimedia secara amnya dan penghasilan klip video khususnya menggunakan perisian-perisian multimedia yang sedia ada.
Penyertaan :
Terbuka kepada semua pelajar Kolej RISDA Melaka.
Syarat pertandingan :
- Penyertaan terbuka kepada warga Kolej RISDA Melaka sama ada peringkat diploma atau sijil dari semua Jabatan.
- Secara individu atau berkumpulan.
- Tema klip video adalah lagu kolej “Puncak Gemilang”.
- Jangka masa klip video adalah berdasarkan lagu kolej “Puncak Gemilang” yang sedia ada.
- Setiap karya hendaklah karya asli dan bukan tiruan atau plagiat daripada karya yang telah diterbitkan.
- Format klip video hendaklah mpeg/avi/dat.
- Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan.
- Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.
- Setiap penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 29 Februari 2008.
Tempoh pertandingan :
Bermula 16 Januari 2008 hingga 29 Februari 2008.
(Hadiah akan disampaikan semasa Bengkel OSS pada 5 Mac 2008)
Hadiah :
Tempat Pertama : RM 100 beserta piala & sijil penyertaan.
Tempat Kedua : RM 70 beserta piala & sijil penyertaan.
Tempat Ketiga : RM 50 beserta piala & sijil penyertaan.
2 Saguhati : RM 20 & sijil penyertaan.
* Borang penyertaan boleh didapati melalui Ketua Jabatan masing-masing atau di Pejabat Pentadbiran. |